Dari mat bangla cuci kereta kita belajar | Suri Raudhah

Tuesday, September 8, 2015

Dari mat bangla cuci kereta kita belajar


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Ada satu pagi tu, aku menemani kakak ke kedai car wash. Kedai tu berdekatan je dengan area rumah kami. Biasanya kat situlah la tempat nak cuci kereta pon. Sambil menunggu kereta di vacum, mata memandang ke satu sudut..Kelihatan seorang pekerja bangla sedang tekun mencuci kereta..Entah kenapa mata tak lepas untuk terus melihat beliau bekerja..Body kereta disabun, kemudian dicuci dengan air sambil sesekali tangan menggosok bahagian yang mungkin kotoran degil barangkali lalu dibilas lagi dengan air..Hmm..sangat tekun dan cermat sekali..

Kakak bersuara..'Tengok die tu..bagus la kerja die..kereta orang tu betul2 die cuci..tengok cara die lap kereta tu..wahh tak sangka kakak pon perasan perkara yg sama..that means bukan saya sorang je la kat sini yang dok perhati mat bangla tu..Secara peribadi saya mudah 'jatuh cinta' apabila melihat kebaikan..keikhlasan..dan akhlak seseorang..
Yerr..akhlak...:)

Tambah kakak..ada jugak mat bangla yang kuat pegangan agamanya..
Wohaa..kali ni tak mampu nak tundukan pandangan sebab situasi kali ni sangat 'rare'..Tak boleh lepaskan momen ni macam tu jer..so kamera dicapai... heeee.. krek..krek..





Jangan salah faham..ini hanya sekadar perasaan kagum..;)

Apa yang aku nak sampaikan adalah berkenaan budaya kerja itqan..Menggerakkan tangan bekerja hanya untuk Allah..melakukan sesuatu dengan penuh komitmen dan iltizam yang sudah pasti jika semuanya adalah kerana Allah otomatik hati berbunga-bunga riang untuk menyempurnakan kerja dan sanggup pula memberi khidmat yang lebih walaupon habuan atau gaji yang diterima tidak berubah sama sekali.

Itu yang terlintas bila memandang mat bangla tu..Dari situasi ini ada sesuatu yang boleh dipelajari bagi yang mengerti..

Senyum. 

Lepas car wash, jenjalan cari makan di heaven's park gombak..highly recommend to all..



Thank you for reading..

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved