Mufti Menk berbaju Melayu | Suri Raudhah

Friday, August 1, 2014

Mufti Menk berbaju Melayu


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Tak payah nak kenalkan lah siapa Mufti Menk ni bcoz rasanya ramai yang kenal kan? Err ada ke yang tak kenal ni?T___T

mufti menk

Nak kena story sikit pasal Mufti Menk ni..
Beliau adalah imam dari Masjid terbesar di Harare, Zimbabwe.Mufti Ismail Musa Menk lebih dikenali sebagai Mufti Menk. Beliau aktif memberi ceramah di Malaysia especially  di bulan Ramadhan baru-baru beliau menjadi imam solat tarawikh di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.


Saya rasa korang mesti pernah dengar kisah penghijrahan Neelofa kan? Dalam proses penghijrahan, Neelofa katanya banyak mendengar ceramah Mufti Menk melalui video-video di Youtube. Bukan Neelofa jer rasanya ramai artis lagi antaranya Natasha Hudson, Fara Fauzana dan Ummi Nazeera yang ikut datang sendiri ke Masjid Sultan Zainal Abidin untuk solat tarawikh dah mendengar tazkirah dari Mufti Menk

Bila saya mula mengenali Mufti Menk?
Mulanya saya dapat video ceramah mufti menk dari group whatsapp tapi masa tu saya tak kenal siapakah beliau..Just dengar then lama kelamaan saya dah terbiasa dengar nama Mufti Menk.Mufti Menk.Mufti Menk, then masa ramadhan yang lepas saya mula dengar video-video beliau di Youtube..Mashaallah tazkirahnya sangat menyentuh ke dalam hati....Till now i still listen and download her videos..Seriously, some video touched deepest in my heart..

He's awesome!!

Selain Mufti Menk saya juga mengkagumi ilmuwan agama yang saya suka anggap mereka ni sebagai guru atau murabbi yang mendidik hati dan jiwa. Ye lah saya ni manusia biasa yang ada silap salahnya, sometime moody, sometimes stressed pastu rasa jiwa kacau so bila halwa telinga menyerap kata-kata mereka saya mula cool down seperti ais salju di kutub utara.. Pastu saya mula muhasabah Ooo 'aku dah buat salah..tak patut buat macam ni, kenapa aku buat camtu.menyesalnya..arghhhhhh.!!! Nak konsisten iman ni susah lagi-lagi dengan dunia yang penuh pancaroba beronak duri ni. So hati kita kena sentiasa dijentik supaya tak terus terlena makanya carilah guru atau murabbi yang dapat mengisi kekosongan hati...Wait..wait..bukan kekosongan hati single mingle ok.yang tu ubatnya kawen je lah..!!What i mean is cari sesuatu yang boleh drive you heart dari terus tersesat jauh.....you get it??Please say yess...:) 

I follow and heard them..They're awesome!!:)
Habib Ali Zainal Abidin
Ustaz Pahrol Juoi
Ustaz Iqbal Zain
Ebit Lew
Prof Muhaya
hanya sekadar beberapa nama..

Ehhh..you all nak tengok Mufti Menk berbaju Melayu..??

gambar mufti menk berbaju melayu

Haaa...Agak berbeza kan? Selalunya beliau biasa berjubah dan letak kain di kepala.. Kali ni tampil dengan baju melayu dan songkok sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia..Sekarang Mufti Menk dah pon pulang ke negara asalnya Zimbabwe..So sesiapa yang nak tahu updates dari beliau boleh LIKE FB Mufti Menk.



#Terimakasihsudibaca#

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved