Doa untuk temuduga bagi hilangkan nervous=) | Suri Raudhah

Sunday, July 6, 2014

Doa untuk temuduga bagi hilangkan nervous=)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Aku ada dapat email daripada readers yang kebetulan mencari tips temuduga kerajaan dan tertujulah ke blog suri raudhah ni. Tak sangka pulak bulan Ramadhan ni pon banyak jugak temuduga SPA yer.Apapon goodluck untuk korang. Harap tips tu sedikit membantu.

Mesti rasa berdebar-debar bila dah sampai hari temuduga. Lagi-lagi bila nombor giliran dah nak dekat kan? Seorang motivator pernah cakap kalau orang yang nak pergi temuduga dia takde apa-apa perasaan macam nervous,risau that means ada something wrong somewhere kat dia..So nervous tu normal la untuk orang yang normal right?senyum masa temuduga


Okeh..!Here i got du'a to reduce nervousness or uncomfortable feeling..Doa ni boleh dibaca sebelum masuk ke bilik temuduga..



Surah Al-Fatihah


Ayat Qursi


Ayat Seribu Dinar


Doa ni aku google jer..Tapi pengalaman masa pergi interview dulu aku cuma amalkan doa lepas solat semoga dipermudahkan segala urusan temuduga, Then sebelum masuk bilik temuduga tu banyakkan selawat untuk hilangkan darah gemuruh..Tu je yang aku buat masa tu..



Sementara nak tunggu result dalam beberapa bulan tu banyakkan solat hajat,berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tak seperti yang kita harapkan jangan la putus asa. Aku faham mesti akan kecewa tapi renunglah balik usaha dan kesungguhan kita adakah sudah memadai untuk memegang jawatan tu? Bersangka baiklah dengan Allah,sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. Setiap sesuatu mesti ada hikmah. Jangan bila dah gagal terus kita salahkan takdir..Bila rasa 'down' pujuklah la hati...

Camne nak pujuk hati yang kecewa tu??...Just bersangka baik dengan Allah...:)

*touching bila baca makna ayat 1000 dinar tu..Menyesal lambat tahu..huuuh


#Terimakasihsudibaca# 

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved