Bila mata bertentang mata..kita malu..(^_^) | Suri Raudhah

Sunday, June 8, 2014

Bila mata bertentang mata..kita malu..(^_^)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Pernah dengar orang cakap kalau seseorang tu, bila bercakap mata dia tak pandang dengan mata orang di depannya maknanya orang tu lack of self confidence erk? Tapi biasa dengarkan jagalah mata dari pandangan dunia..

Ok!Aku mengaku yang aku tak boleh bertentang mata lama-lama dengan orang bila bercakap. Entah la ianya macam otomatik bila tengah bercakap dengan sesiapa dengan mata memandang straight kat mata dia then dengan secara tiba-tiba dia pon membalas pandangan tu aku terus cepat-cepat nak lari dari situasi tu.. Mula la nak pandang ke tempat lain,tak pon pandang bawah konon konon tengah berfikir tak pon pandang pemandangan alam yang terbentang luas ni ha. Benda ni otomatik tau. Nak kata malu tak jugak. Sometimes dengan perempuan aku camtu gak. Tapi kalau dengan perempuan biasanya bila bercakap dengan orang yang aku tak rapat, or dia ni 'somebody' so mula la simptom tu datang tanpa diundang. Benda ni susah nak cakap la..orang yang macam aku jer memahami. Tapi aku sendiri pon tak tahu nape boleh jadi camtu. Malu?hmmm aku ni bukan la jenis pemalu sangat orangnyer..sekadar malu-malu meow jer..hehe.. Malu tu separuh dari iman uolls..


Kalau dengan lelaki perkara biasa la tu kan. Bila bercakap pandang mata dorang means aku beri perhatian and nak dengar apa yang dorang nak cakap. Then bila dorang balas balik pandangan tu aku tahan lagi tapi bila agak berapa saat mata dia tak kalih-kalih aku mula la menggelabah. Mula la mata ni otomatik pandang bawah kiri kanan luar dalam...ishhh dalam memang tak la kan..hehe.


Tapi aku tak rasa ni satu kelemahan pon.. aku curious camne orang lain handle jika berada situasi aku ni ha.. Korang penah rasa tak apa yang aku rasa..?


#Terimakasihsudibaca#

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved