Suri Raudhah: April 2014

Sunday, April 20, 2014

Ya Lublu tibya :)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

gambar dr sheikh muszaphar masa kecil
27 Julai 1972 - hari saya di lahiran.."Zaman kanak-kanak adalah saat-saat yang terbaik buat saya. Ingin sekali untuk menjadi kanak-kanak semula.

gambar dr sheikh muszaphar

Mimpikan bintang-bintang di masa usia 10 tahun


Pelajar perubatan di Manipal India


Dia lah angkasawan pertama Malaysia - Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie

kembara ke angkasa lepas


Actually,baru selesai baca buku "Kembara ke angkasa"- catatan memoir angkasawan Malaysia pertama. Mengisahkan catatan beliau dari permulaan pemilihan program angkasawan sehingga beliau dikenali seluruh Malaysia sebagai Angkasawan Malaysia pertama. 

Ya lublu tibya bahasa Rusia  maknanya aku cintakan kamu..
"ayat yang paling saya gemari - Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor"

Dato Sheikh memang bercita-cita untuk menjadi Angkasawan sejak dari kecil. Then, beliau berusaha mencapai ke arah itu dengan mencapai peluang yang ada untuk merealisasikan impian beliau.. Dan akhirnya beliau berjaya..Based on my reading, latihan untuk menjadi angkasawan memang very very very tough dan beliau berjaya mengatasi semua halangan dan saat getir.

Bercerita pasal cita-cita..Hari tu dengar ceramah zuhur, kata ustaz cuba tanya anak-anak sekarang apa cita-cita mereka?mesti majoriti nak jadi doktor, saintis,polis,pilot...opsss pilot maybe tak kot buat masa ni..-.- Agaknya ada tak anak-anak yang cakap saya nak jadi penghafaz al-Quran,saya nak jadi ustaz ustazah,saya nak jadi ulama'..

huhhh..hermm tersedak..

sepetang bersama Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor @IPPTAR Angkasapuri


k la. bye..the next book "Kisah Ahmad Ammar " tunggu turn nak baca :)

#Terimakasihsudibaca# 

Wednesday, April 16, 2014

Nasi lemak + coconut shake


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Balik dari kelas di hujung minggu, terus pekena nasi lemak antara yang aku paling suka . Mana nak jumpa nasi lemak taruk ikan masin!!
nasi lemak lauk ikan masin+sambal udang RM3.00
Pastu tambah lagi coconut shake beli kat tepi jalan..huhhh..memang nikmat dunia sangat. Air kelapa pure blend dengan aiskrim vanilla pastu bila dah blend letak lagi aiskrim kat atas sambil ditabur choc rice..huhhh..tempting:)

coconut shake + aiskrim RM3.50
Alhamdulillah. .Ganjaran untuk diri sendiri selepas seharian memerah otak.. Hilang mengidam nak rasa coconut shake antara paling sedap di dunia..heee..

Senyum comel sikit..:)


#Terimakasihsudibaca#

Tuesday, April 8, 2014

Akhirnya dapat jugak kerja kerajaan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Melangkah dari alam kampus ke alam pekerjaan. Ermmm..panjang nak cerita.

Jalan yang aku lalui tak semudah kawan-kawan yang lain. Semua kawan rapat terus dapat kerja beberapa bulan selepas graduate.. Aku pulak berbulan-bulan dan nak hampir setahun tanam anggur..Tak payah nak cakap la betapa tertekannya. Tertekan bukan pasal duit bcoz aku tinggal dengan family..tak de la nak kena bayar duit sewa rumah, bil sebagainya.. Memang tension tahap gaban la time tu apatah lagi bila orang asyik tanya pasal kerja. Bukannya nak membantu tapi hanya membuat aku lagi 'down'. -_-

Masyaallah..sungguh aku bukan jenis yang terlampau memilih kerja..Tak sama sekali..Korang tak tahu betapanya payahnya aku nak hidup sehingga tahap sekarang.

Boleh dikatakan setiap hari aku pergi CC semata-mata nak cari kerja sebab time tu tak ade internet. Pergi ekspo kerjaya,tengok iklan-iklan jawatan kosong memang wajib. Berapa banyak duit aku habis sebab nak bayar duit cc, tambang, print resume berpuluh ratus..huhu..

Time tu memang rasa dunia ni tersangat kejam.. Kenapa orang lain senang, tapi aku dah buat macam- macam tapi masih tak ade hasil.. Ada masa air mata tumpah jugak..Walaupon depan orang lain aku nampak kuat tapi orang tak tahu apa yang aku rasa..

Bila aku rasa hampir tersungkur, aku muhasabah diri..dari situ aku mula mencari tuhan yang selama ni aku amik mudah..aku mula belajar solat hajat, mengalir air mata apabila dapat meluahkan kepada Yang Maha Mendengar..Di saat orang menjatuhkan aku dengan kata-kata yang menyakitkan, hanya pada Allah swt la tempat aku mengadu.. aku pekakkan telinga, aku pujuk hati untuk lebih kuat dan sabar..

Akhirnya hampir setahun aku dapat panggilan daripada MARA.. Alhamdulillah selepas beberapa hari aku dipanggil untuk lapor diri..Walaupon pekerja kontrak tetapi perasaan time tu tersangat seronok..air mata tumpah lagi..Syukur..

Lebih kurang setahun lebih aku kerja di MARA. Alhamdulillah walaupon gaji tak tinggi tapi simpanan sentiasa ada.. Seronok kerja kat mara lagi lagi dekat dengan town kan. Sogo tu memang wajib la singgah hari-hari, makanan pon banyak pilihan..:)

Dalam masa yang sama,aku isi juga SPA..Selepas beberapa kali gagal akhirnya berjaya jugak dapat kerja tetap kerajaan.. Pastu, terasa sayang nak meninggalkan MARA..Apapon mara tetap di hati..

actually ni masa last day@Mara

Alhamdulillah..Kini genap 4 tahun aku kerja di Angkasapuri. Kat sini la tempat aku mencari rezeki..Dapat juga bagi sedikit duit belanja untuk mak ayah..Walaupon dorang bukan jenis meminta-minta dan mereka juga bekerja tapi aku happy bila dapat buat sesuatu untuk mak ayah..

Kadang kadang aku mengeluh jugak pasal kerja.. apa korang ingat semua kerja kerajaan dok goyang kaki sambil makan choki-choki jer ke..Lagi-lagi aku kerja bahagian akaun..Pening weh!

Tekanan kerja tu biasa la..Tak la sehebat tekanan time tanam anggur dulu.. Mungkin disebabkan aku dah merasa kesusahan dulu, makanya aku tak nak sia-siakan peluang yang Allah swt berikan ni..Betul lah orang cakap disebalik kegagalan pasti ada kejayaan yang akan menyusul selagi kita berusaha..

Pesanan aku bagi yang pernah merasa macam aku, tabahlah..usaha dan banyakkanlah mengadu kepadaNya.In syaa allah mesti lepas ni korang mampu tersenyum semula..

Tapi aku rasa korang mungkin tak pernah merasa apa yang aku lalui..Sekarang ni peluang kerja banyak. Kalau tak nak kerja makan gaji banyak lagi pilihan yang ada.. Meniaga online contohnya.. Lagipon budak sekarang pandai-pandai mesti senang dapat kerja kan? Bagi yang dah dapat kerja tu especially yang kerja kerajaan tolong la jangan suka sangat curik tulang..bukan setakat tulang daging-daging sekali korang curik kan!..Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..bawak bertobatlah..biarlah rezeki kita berkat..

Betullah..kegagalan, kesusahan mengajar aku lebih matang.. Melalui kesusahan aku belajar menghormati perasaan orang lain. Just put yourself into their shoes then you will know their feeling.. :)

teman setia anda.. :)


**sparkling smile.

Terima kasih sudi baca :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved