Puding Triffle 3 layer special from suri raudhah | Suri Raudhah

Thursday, March 27, 2014

Puding Triffle 3 layer special from suri raudhah

Assalamualaikum

Meh,nak kongsi resepi puding triffle 3 layer yang sangat mudah dimasak sedap dimakan ni. Hmm leceh la ada layer layer ni. Jangan nak macam-macam. Cuba dulu baru tahu ok!hehee. Aku yang tak pakar bab masak memasak ni pon boleh buat ni kan pulak korang yang hebat belaka ni kan. JUST TRY 1st:)

LAYER 1
Bahan-bahan
Kek span

Susun kek span cantik-cantik dalam bekas.
Lembapkan kek span dengan air nata de coco, fruitcocktail dan dengan seangkatan dengannya.

LAYER 2
Bahan-bahan
3 sudu tepung kastard
Setin susu cair
Gula secukup rasa
Fruit cocktail atau nata de coco

Masakkan 3 sudu tepung kastard dalam kuali. Kemudian campurkan setin susu cair. Sentiasa kacau sehingga kastard berkilat dan tak berketul-ketul.Boleh tambah gula sesedap rasa. Ada orang suka cair meleleh. Tapi aku lebih suka kastard pekat sikit plus manis manis giteww.

**Aku tak pandai sangat buat kastard. Tak pasti cara ni menepati standard piawai chef ke idok.. Tapi ok la..

Pastu tuangkan perlahan-lahan adunan kastard ke atas kek span span tadi tu. Then, ratakan.. Ketebalan kastard ikut suka hati. Tunggu sekejap dalam 4 atau 5 minit.

Then, boleh la letak fruit cocktail atau nata de coco atau buah buahan yang bersesuaian. Tekan dan ratakan ke dalam sikit supaya bila letak kristal jelly nanti tekstur kastard atau buah tak terapung apung di awangan.

LAYER 3
Bahan-Bahan
1 paket Kristal jelly brand Nona perisa ikut kesukaan masing-masing.
(i prefer rasberry flavour bcoz warna merah dia cantik)
400ml air

Masak ikut arahan belakang kotak jer. Panaskan air kemudian letak serbuk jelly. Kacau dan ratakan. Sekejap je dah masak.
Kaut jelly mengunakan senduk then curah perlahan-lahan pada layer 2 tadi. Biarkan sejuk letak dalam fridge.

Puding Triffle 3 layer done!yeah..Alhamdulillah









Ready to eat. Selamat mencuba.. :)


No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved