Masjid Quba > Bukit al rumah > Jabal Uhud | Suri Raudhah

Sunday, July 14, 2013

Masjid Quba > Bukit al rumah > Jabal Uhud

Assalamualaikum

Hari kedua di Madinah kami dibawa ziarah masjid Quba iaitu masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah swt dimana rasulullah sendiri turut serta membina masjid Quba dengan mengangkat batu batu dan pasir bersama para sahabat.

Al-Syimus binti al-Nu’man r.ha menceritakan:
“Aku melihat Rasulullah SAW ketika membina masjid ini (Masjid Quba). Baginda memikul batu bata di atas belakang sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir-pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, baginda enggan. Sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya.”

Betapa mulianya hati seorang nabi Allah. Rasa terharu kerana diberi peluang untuk solat di dalamnya. Kami diberi masa oleh mutawif untuk solat tahiyatul masjid di masjid ini.
masjid Quba

mutawif dari uni Madinah..Makteh macam berkenan nak buek menantu..hehe..

stylista n unic.Jemaah dari Indon kot:)

luar masjid..


Masa mula masuk ke ruang solat wanita, pengawal wanita di pintu masuk menyuruh kami solat di tingkat atas. Aku berdua dengan sepupu solat dibahagian atas manakala saudara yang lain solat di bawah. Ingatkan kat atas jemaahnya ramai, tak sangka pulak suasana kat atas memang tersangat tenang, so kami mengambil kesempatan untuk buat solat tahiyyatul masjid, solat sunat dhuha dan solat sunat taubat. Sebaik keluar dari masjid, mereka yang lain memang tengah menunggu kami. Then sebelum menuju ke bas, sempat la kami merakam beberapa gambar untuk kenangan.  
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"

tak ramai orang kat bahagian atas.


Kemudian kami di bawa ke beberapa buah masjid lain antaranya masjid Qiblatain, Masjid Tujuh,Masjid al-Jumuah, Masjid al-Musalla dan Masjid al-Syajarah. Itu pon sekadar melihat dari dalam bas sahaja. Setiap masjid ada sejarah tersendiri.

Sejarah Masjid Qiblatain menurut Ibn Saad meriwayatkan:
Apabila tiba waktu solat Zuhur Rasulullah saw bersolat di masjid di sebuah perkampungan, Sedang baginda berada di rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah swt memerintahkannya agar menukar arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidilharam. Baginda terus berpaling mengadap ke arah Kaabah. Maka masjid itu diberi nama Masjid Qiblatain (2 kiblat) berdasarkan peristiwa tersebut.

PERANG UHUD

Mesti ramai yang dah tahu sejarah perang uhud kan? Terus terang aku cakap, aku pernah dengar kisah perang uhud tu pon belajar masa kat sekolah agama bab sirah pastu lupa akibat dimamah usia. huhu..Manusia memang mudah lupa. (aku la manusia tu.) Bila balik Malaysia aku cari buku sejarah Mekah dan Madinah. Ya Allah menitis air mata mengenang pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dalam memperjuangkan islam. Nasihat aku yang tak seberapa ni untuk kawan kawan sekalian, carilah masa untuk baca buku  sejarah Islam bagi mengenang dan menghayati pengorbanan Rasulullah , para nabi terdahulu dan para pejuang Islam. Aku yakin korang pasti merasai sesuatu. Bacalah!:(

Bukit Al-Rumah (bukit pemanah). Gambar Bukit Uhud takda sebab tak panjat..

Bukit al-Rumah ini terletak berdekatan dengan Bukit Uhud, di celah-celah di antara kedua-duanya terletak perkuburan syuhada dalam peperangan Uhud di mana mayat Saidina Hamzah r.a dan pejuang pejuang Uhud yang lain disemadikan. Ya Allah mengalir air mata bila baca sejarah peperangan uhud.
Rasulullah mengalami kecederaan di kepala dan muka di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan Baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya. Baginda juga jatuh pengsan beberapa kali. Namun tidak sedikit pon melemahkan semangat Baginda.

Pertempuran pertama tentera Muslimin dapat mengalahkan tentera Musyrikin yang jauh lebih ramai jumlahnya. Tetapi pada pertempuran kedua berlaku kesilapan dan kekalahan tentera Muslimin.Sedih bila baca sejarah perang Uhud ni.

Allah SWT berfirman:
"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki daripadaNya" - (Surah Ali-Imran 3:69)
perkuburan syuhada Uhud
"Salam sejahtera ke atas kamu di atas kesabaran kamu dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga).

" Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan, jangan sekali-kali turun kepada kami dan jika kamu melihat kami dibunuh pun, jangan cuba turun untuk menolong kami,. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk (dimakan mayatnya) oleh burung-burung."

cool tak?macam2 ada sini..





Kemudian kami singgah di satu tempat tapi tak pasti apa nama tempat ni yang lebih kurang macam pasar. Di luar ada jual pelbagai jenis perfume arab. Bila masuk dalam jer, masyaallah meriahnya suasana. Ada macam-macam jenis kurma yang boleh rasa kat situ jugak dan lambakan coklat di jual dengan harga yang murah belaka. Nampak jer coklat yang murah terus amik plastik kaut coklat dengan penuh rakus Tak silap aku beli 2 kilo dalam SR60 kot. Beli untuk family &kawan-kawan di Malaysia juga. :)

minum teh di pintu masuk.. Nak tau tak rasa teh arab tu caner?

bukan gambaran sebenar..

agaknya ni teh herba kot?

Alhamdulillah..ziarah yang penuh bermakna:)

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved