Suri Raudhah: May 2013

Monday, May 27, 2013

Anak orang arab memang comel belaka:)

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Meh nak cerita...
Ada seorang kakak mungkin berusia 6 tahun menjaga adiknya sebab umi dia pergi toilet . Gambar ni selepas keluar raudhah selepas waktu isyak. Lama sangat nak tunggu turn masuk raudhah, masing masing dah penat dan mengantuk so kami decide keluar dan balik hotel je la. Takde rezeki nak masuk raudhah malam tu. Ternampak dak comel ni di satu sudut. Singgah jap, terus hilang ngantuk :)

nama dia sara, camera loves her :)
ni abdullah . hye, abdullah! budak yang bijak dan comel.
kakak sara sayang abdullah..
tiba-tiba datang si adik..Ya ampun..tak takut lansung dengan orang dak kecik ni.

hai saya nur.. mata saya cantik kan?

Sara suruh kami snap pic dia tengah baca Quran. Tak baca pon bena nyer, berlakon lebih ni..hehe
Patut la anak anak comel, tengok la umi dorang pon tersangat cantik. Mata grey lagi. huhh. Kita yang pompuan ni pon dah terpegun. Umi dorang ni lembut jer orangnya. Tapi sayang, takde gambar. :(

Sara yang tangkap gambar ni.:)

Gambar masa lepas solat Jumaat. Kami solat kat halaman luar masjid sebab di dalam dah terlampau ramai.

tengah bersedia dengar khutbah jumaat

pengalaman pertama solat jumaat

umi tengah solat, saya duduk diam diam jer. (^_^)

kakak jangan kacau saya!

#Terimakasihsudibaca#

Cabaran masuk raudhah

Assalamulaikum
 
Entri sebelum ni, aku dah cerita pengalaman masuk Raudhah dan kali ni nak bercerita pasal cabaran masuk ke dalam raudhah. Alhamdulillah, boleh dikatakan sejak hari kedua kami tiba di Madinah sehingga hari ke 5 aku sempat merasa solat di raudhah. Boleh di katakan setiap waktu raudhah di buka kami mencuba nasib untuk masuk ke raudhah. Seperti yang aku cerita sebelum ni raudhah di buka untuk wanita hanya selepas solat subuh, selepas zuhur, dan selepas asar. Disebabkan itu jugalah kawasan raudhah memang sesak dengan jemaah dari seluruh pelusuk negara berebut rebut untuk solat. Agak sukar bagi kami ni nak solat di barisan paling hadapan, tapi terpulang pada rezeki masing-masing la. Beruntunglah kalau sesiapa dapat solat di barisan paling depan, aku yakin mereka boleh solat dengan selesa.
 
Ada tulis 4 bahasa tak silap



suasana sebelum masuk raudhah. Yang ni tempat menunggu (pic dari SINI)

Tolak menolak tu perkara biasa, tak perlu la nak amik hati sangat yer. Adakala tu time tengah solat terpaksa tunggu  nak rukuk atau sujud sebab ada jemaah negara lain yang berdiri betul betul depan kita. Memang kena banyak bersabar. Tapi sepanjang masuk raudhah tak pernah aku rasa terlalu susah untuk solat cuma perasaan kita je la samaada boleh kusyuk atau tak. Solat kita sempurna dan doa kita diterima atau sebaliknya.
 
Antara kenangan yang aku masih ingat, masa dah selesai solat 2 rakaat aku dan kakak menunggu sepupu yang belum keluar dari raudhah di laluan luar. Semasa menunggu, ada seorang jemaah wanita yang agak berumur, aku tak pasti dari negara mana, mukanya ada macam calitan dakwat ke apa yang berwarna hitam. (actually tu budaya negara mereka mungkin letak cat/dakwat di muka) datang minta air kat kami kebetulan dia ternampak aku baru lepas minum air zam zam yang aku selalu letak dalam botol yang disimpan dalam beg. Aku blur time tu, tapi aku bagi jugak air tu kat dia. Lepas dia minum beberapa teguk dia bagi balik botol air dan air masih ada lagi then lepas dia beredar baru aku terfikir kenapa tak bagi terus je botol air tu semua kat dia? Mungkin time tu fikir nak jaga hati dia, apa dia fikir kalau aku buat camtu, nanti dia mesti ingat aku geli nak minum bekas air dia. Sayang jugak, air tu air yang aku dah bawak masuk raudhah tau, solat bersama tapi aku ikhlas bagi air tu kat dia. Atlast, air tu aku tak minum, sepupu cakap air tu buat penawar la kebetulan tengah alami alergik so aku sapu air zam zam yang dah aku bawak masuk raudhah tu kat tempat alergik tu la. Patut ke aku buat camtu?
 
dibawah kubah hijau itu terletaknya makam Rasulullah saw


selepas keluar dari raudhah.

Aku pelik kalau ada yang cakap, mereka tak ada peluang lansung masuk raudhah, Dari pengalaman aku, setiap orang yang berkeinginan mesti ada peluang, peluang tu ada cuma kita sanggup tunggu atau tak. Sebelum masuk ke raudhah buat la solat taubat dan solat hajat agar Allah permudahkan. Inshaallah mesti ada jalan.
 
Bagi aku masuk ke raudhah selepas solat subuh dan Isyak paling mencabar. Masih ingat lagi time tu selepas solat isyak  aku, kakak dan oja raudhah je yang follow. Sebaik pintu ke laluan raudhah dibuka semua jemaah dari seluruh negara menyerbu masuk untuk ke laluan raudhah. Time tu, rasanya dah tak payah berjalan memang aku dah bergerak dengan sendirinya sebab asakan dari jemaah yang luarbiasa hebatnya. Actually kami taknak berebut sebab fikir kami dah masuk raudhah beberapa kali, so steady jalan je la. Kalau ada rezeki adalah. Memang kami dah tergelak time tu, sebab rasa macam naik kereta sorong jer. Ya Allah ramainya umat manusia berlumba lumba serbu ke arah satu tu. Perkara tu tak menyakitkan pon, sebenarnya bagi aku kena tolak, kena pijak, kena halang, kena sorong tu perkara yang aku akan kenang. Kenangan yang manis bila fikir balik dan aku memang merindui kenangan yang buat aku tersenyum tu. Tapi bila dah sampai satu check point tu kami kena juga tunggu giliran. Time menunggu tu la kami rasa, mungkin bukan rezeki kami nak solat kat raudhah pada malam tu sebab masing masing mengantuk dan keletihan so kami decide untuk keluar dan balik ke hotel.

Ada satu hari semasa duduk menunggu, kami diberi taklimat oleh polis wanita berkenaan raudhah. Ya Allah mata aku tak bergerak pandang ke arah dia. Kagum dengan kepetahan dia memberi tazkirah dalam bahasa Inggeris diselang selikan dengan hadis dari ayat al quran. Sedapnya.! Rindu lagi nak dengar suara itu. rindu..rindu.T___T. Beliau memberitahu sekiranya ada kawan kita mintak sampaikan salam kepada Nabi Muhammad SAW jangan buat demikian. Kenapa? Sebab kita bukan malaikat yang menjadi perantara. Umat Nabi Muhammad SAW bebas memberi salam kepada nabi saw dengan sendiri dimana sahaja mereka berada tanpa perlu ada perantara. Polis tu ada bacakan hadis pasal ni tapi aku lupa lansung ayatnya. Tapi memang ada dalam hadis. Aku pon confuse pasal ni, sebab dalam buku panduan umrah ada doa untuk menyampaikan salam orang lain kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi rasa hati aku lebih berpegang pada kata kata polis tu.
 
Teringat aku hari hari terakhir solat di Raudhah, entah kenapa tiba-tiba aku terfikir aku ni pentingkan diri ke.? Patut ke kami ni setiap waktu masuk ke raudhah, adakah kami menyekat peluang orang lain yang belum pernah masuk ke raudhah? Dan paling aku tak tahan sekali aku terfikir selama aku solat kat raudhah ni aku hanya nak memenuhi doa seperti yang aku catat dalam buku doa/hajat yang aku nak baca bila dapat masuk raudhah tu je ke? Bukan ke tujuan utama masuk di raudhah supaya dekat dengan rasulullah, perasaan rindu dengan rasulullah. Ya Allah time solat tu, mengalir air mata mencurah curah. Air mata penyelesaan, sebab rasa tersangat pentingkan diri, nak Allah makbulkan doa sebab raudhah tempat mustajab doa tapi sebenarnya apa yang lebih utama aku patut doakan, aku patut luahkan? Itulah kali pertama aku rasa dapat solat yang paling tenang sepanjang di raudhah. Lama aku sujud di hamparan raudhah. Terasa puas dapat luah di situ, itulah kali pertama air mataku jatuh di raudhah. Ya Allah semoga Kau terima amalan kami. 
 
kita sedara:)

Saturday, May 25, 2013

Madinah : Pertama kali masuk ke Raudhah

Assalamualaikum
 
Raudhah al Mutahharah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dimana dulunya menjadi tempat Rasullullah saw dan para sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasullullah saw. Ia juga adalah sebuah taman syurga.
 
karpet hijau kawasan raudhah. .kalau la dapat peluang lagi..-_-
"Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku "

tempat bersejarah dalam Raudhah dimana setiap tiang ada ceritanya tersendiri. (sumber google)



terukir 30 juzuk al quran di ceiling kawasan raudhah (gambar dari SINI)

Pertama kali masuk ke Raudhah bersama Ustazah Wirda dan jemaah lain (ziarah dalam) lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Sebelum masuk kami diberi sedikit penerangan oleh Ustazah Wirda berkenaan Raudhah. Raudhah dibuka untuk kaum wanita hanya di waktu tertentu sahaja iaitu selepas solat subuh, selepas solat zuhur dan selepas solat isyak manakala kaum lelaki tiada had waktu. Mereka bebas berada dan solat di Raudhah pada bila-bila masa laluan ke Raudhah di buka.
 
Ya Allah, betapa berdebarnya hati bila mula menghala ke laluan Raudhah. Nak masuk Raudhah ni umpama nak pergi jihad fisabilillah. Kami perlu melalui beberapa hentian sebelum boleh masuk ke dalam Raudhah. Polis wanita memanggil jemaah mengikut negara bermula dari negara Arab, Turki, India/ Pakistan kemudian akhir sekali barulah Malaysia/ Indonesia. Kami tersenyum apabila polis wanita memegang sepanduk yang tertulis perkataan "Bahasa Malayu". So maknanya jemaah Malaysia, Indonesia,dan seangkatan dengannya adalah dalam golongan Bahasa Malayu ni la. Kenapa la tak tulis Asia Tenggara je? Apapon Bahasa Malayu pon comel jugak..:)
 
Kami dari kumpulan Bahasa Malayu ni dibawa oleh polis wanita ke Raudhah. Menurut ustazah Alhamdulillah kunjungan kami ini antara yang paling cepat dapat masuk ke Raudhah. Apapon kami perlu menunggu betul-betul di hadapan Raudhah sebelum dilepaskan masuk kerana terlampau lampau ramainya umat manusia daripada pelbagai negara masih bersolat di dalam Raudhah. Makanya ustazah menyarankan kami banyak berselawat, solat sunat, berzikir dan sebagainya semasa waktu menunggu. Waktu menunggu ni, memang memerlukan kesabaran yang tinggi, kalau ada yang tak sabar dah lama mereka keluar tapi sayang la terlepas peluang keemasan ni.
 
Karpet masjid berwarna merah manakala karpet berwarna hijau adalah kawasan Raudhah. Sebaik dapat masuk ke Raudhah iaitu setelah dapat pijak karpet yang berwarna hijau kena segera solat sunat 2 rakaat. Tapi apabila nak masuk ke Raudhah berilah salam dahulu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar terlebih dahulu. Mulanya aku menggelabah jugak nak cari tempat yang sesuai solat ni walaupon dah pijak karpet hijau. Caner nak solat dengan tenang kalau kat depan kita tu, ada orang tengah berdiri untuk menunggu turn solat, tolak menolak menolak, pijak memijak, kepala kena langkah masa tengah sujud tu perkara biasa kat dalam Raudhah. Keluasan raudhah adalah 26m jika diukur dari timur rumah Rasulullah dan Saidatina Aisyah r.ha ke mimbar di sebelah baratnya. Tapi sekarang tinggal 22m kerana telah disekat dengan pagar makam. So bayangkan lah keadaan di dalam Raudhah yang nak menampung beribu-ribu umat manusia dengan keluasan yang terhad tu. Tapi sepanjang aku baca pengalaman orang masuk Raudhah, belum ada lagi kes yang masuk icu atau mati terpijak. Mintak dijauhkanlah.


karpet raudhah warna hijau (sumber dari SINI)

Masa pertama kali masuk Raudhah, ustazah Wirda banyak bantu aku, dia carikan aku tempat untuk solat dan cuba halang jemaah dari meluru ke kawasan kami bersolat. Aku sempat solat sunat 2 rakaat. Tapi sebaik aku angkat tangan untuk berdoa, polis wanita dah bersuara dah "ibu lepas solat keluar, keluar". Barulah aku tahu, kalau ada hajat atau doa seeloknya kita baca dalam sujud. Kalau angkat tangan memang confirm kena halau dengan polis sebab bagi mereka bacaan dalam solat itu juga adalah satu doa dan mereka tidak benarkan kita solat lama dalam Raudhah sebab ramai lagi yang masih menunggu untuk solat. Ada juga jemaah yang bagi aku agak pentingkan diri, tak hirau orang lain kerana solat dan sujud terlalu lama, walaupon dihalau oleh polis pon masih tak mahu keluar. Aku taknak sebut jemaah dari negara mana cukuplah aku cakap jemaah dari kumpulan "bahasa malayu" adalah kumpulan yang paling penyabar dan aku yakin polis kat Raudhah pon 'respect' dengan kumpalan "bahasa malayu" sebab kumpulan ni lah paling senang nak kawal.

Dalam hati aku. " Kalau la bangsa Arab ni mengikut sifat Rasullullah SAW "...............
Patut ke kita menolak, memijak, menyakiti orang lain semata mata kita fikir kita nak solat? Sedar tak mereka di situ ada jasad seorang Nabi yang mulia.
Perlu ke kita menjadi tamak dan pentingkan diri semata nak beribadah?
Pahala ke yang akan kita terima?

Dan aku tak pasti berdosa ke kalau aku fikir camni.!

Secara jujurnya, aku rasa bersalah bila terpaksa berjalan di depan orang yang tengah solat. Tetapi keadaan sangat sangat memaksa. Sepanjang aku di Raudhah aku seboleh-bolehnya elak dari menolak/ memijak jemaah lain dan aku harap aku takde menyakiti sesiapa. Yer, aku yakin aku tak sakitkan sesiapa sebab mereka lebih besar dan kuat dari aku. Setakat kena tolak manja dengan aku yang kecik molek ni apa la rasa sangat kan!huhu. Alhamdulillah aku takde la rasa sangat kesusahan masuk Raudhah, tolak menolak tu aku anggap perkara biasa. Takde la perasaan takut kena pijak ke, kena hempap ke semua aku serah pada Nya.  Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui hambaNya.

Sabda Rasulullah SAW :
 
"Jikalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas di hadapan orang yang sedang solat, nescaya dia berdiri menunggu (sehingga orang itu selesai solat) selama 40 (tahun, bulan atau hari lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang solat"
 
Lepas solat, aku terus keluar, sambil berjalan keluar tu sempat lagi baca doa dan selawat dalam hati. Yer la selagi kaki masih berpijak di karpet hijau jangan lepaskan peluang. Aku tak pasti, apa yang aku buat sepanjang di Raudhah di terima atau tak/ betul atau salah, semua aku serah padaNya. Kami berkumpul di laluan keluar Raudhah bersama ustazah Wirda dan yang pasti masing-masing ada ceritanya sendiri pasal Raudhah :)
 

Laluan keluar raudhah.Yang oren tu uncang kasut.


Next entry, aku cerita cabaran masuk Raudhah. Entri ni panjang berjela kan. Sangat teruja bila cerita pasal raudhah sebenarnya ni. Terima kasih daun keladi coz sudi baca :)

Friday, May 24, 2013

Madinah: Solat di Masjid Nabawi


Assalamualaikum
 
Pertama kali menjejak kaki ke Masjid Nabawi semasa solat Maghrib. Disebabkan sedikit terlambat kami terpaksa solat di halaman luar Masjid. Di halaman luar juga dipenuhi ratusan/ribuan manusia dari pelbagai negara sedang mendirikan solat. Itu jugalah pertama kali aku buat solat jenazah.  Teringat nasihat seorang kawan "belajar buat solat jenazah, kat sana nanti boleh dikatakan setiap selepas solat fardu mesti ada solat jenazah". Maknanya setiap waktu ada umat Muhammad saw yang meninggal di Madinah. Rupanya tak susah solat jenazah ni, niat dengan disertai 4 takbir kemudian salam. Pelajaran baru..


masjid Nabawi di waktu siang

Baginda SAW bersabda :

" Pahala sembahyang di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid selain Masjidilharam "
 
 
Selepas selesai solat Maghrib dan solat jenazah kami (aku, kakak, oja raudhah) mengambil keputusan untuk masuk ke dalam masjid, Sebenarnya kami 9 orang pada mulanya, tapi mungkin yang lain nak balik ke hotel dulu sementara tunggu solat Isyak. Kami bertiga berjalan di halaman masjid yang pada mulanya agak asing bagi kami. Terpegun dengan keindahan masjid Nabawi di waktu malam, dipenuhi lampu-lampu, pemandangan langit yang cantik, ribuan manusia dari pelbagai negara dengan pelbagai gaya dan ragam. Ya Allah, besarnya masjid ni!. Macam tak percaya kita dah ada kat sini.
Semasa kami berjalan untuk masuk ke pintu utama, ada seorang asing (orang arab agaknya) bersuara ke arah kami 'raudhah raudhah raudhah' sambil menunjukkan arah ke dalam masjid. Sebelum masuk ke dalam kami perlu melepasi pengawal/ polis wanita di hadapan pintu masjid. Polis kat sini tak sama dengan kat Malaysia. Mereka memakai jubah dan niqab hitam hanya nampak mata jer tapi tetap nampak comel :). Beg kami diperiksa sebelum masuk ke dalam masjid sebab kamera tidak dibenarkan bawak dalam masjid, tapi yang peliknya di bahagian lelaki tak kisah pulak bawak kamera masuk. Actually, kami selalu jer bawak henfon dan kamera dalam beg. Rugi la takde gambar kenangan dalam masjid Nabawi, bukan selalu dapat peluang camni. Atleast bila balik Malaysia boleh la tengok gambar balik untuk melepaskan rindu.

Aku sendiri pon tak pasti kenapa perempuan tak dibenarkan bawa kamera ke dalam masjid, sedangkan lelaki boleh jer bawak, sepupu aku (lelaki) siap sangkut kamera kat leher bawak ke hulu hilir lagi dalam masjid. Kalau nak ikutkan ramai je yang tangkap gambar dalam masjid guna henfon sedangkan polis wanita ada je kat situ, tak pulak polis rampas henfon tu, So ok la kalau aku bawak kamera, sama je fungsinya dengan henfon aslong perkara tu bukan perkara yang diharamkan kan? Jujur aku cakap, ikut hati nak jer aku bergambar dengan polis wanita tu sebab dorang tersangat comel even nampak mata jer. ^_^. Dari sudut pandangan mata aku yang halus, rasanya ramai dikalangan polis wanita tu muda muda belaka, tetapi dorang sangat tegas. Ye la berhadapan dengan beribu-ribu manusia yang bermacam ragam tu belum lagi musim haji. Memang menguji kesabaran. Rata rata mereka berkebolehan bercakap beberapa bahasa. Betapa rindunya aku nak dengar suara mereka berbahasa Melayu. "Ibu ibu solat ibu", "Ibu lepas solat keluar ibu (selalu dengar kat raudhah)" dan ayat comel selalu buat aku tersenyum "Ibu dhuduk ibu, dhuduk dhuduk". Lontaran suara dengan slang arab yang tegas dan lantang tapi comel:) Actually, orang Madinah dah pandai dah cakap bahasa Melayu, mungkin bagi mereka bahasa Melayu ni senang nak belajar. Mereka boleh menguasai bahasa Arab bahasa yang paling susah  tak mustahil mereka boleh pandai cakap Melayu lagi lagi peniaga di sekitar Masjid Nabawi. Lagipon jemaah Indon, Malaysia ramai di Madinah.

Semasa dalam masjid, kami tercari cari jugak Raudhah dan makam nabi memang tak jumpa la, ingat senang-senang ke nak masuk dalam tu. Ye la masa tu mana la kami tau, makam nabi tu dekat raudhah, sedangkan raudhah tu pon kami tak tahu keadaannya macam mana, yang aku tahu raudhah tu tempat mustajab doa/ taman syurga. Selama ni just google pasal mekah dan pengalaman haji/umrah jer tak tahu detail pasal raudhah. Lepas balik Malaysia baru aku google pasal nabi muhammad saw, sirah madinah/mekah, kisah raudhah dan mekah.


makam nabi Muhammad SAW ( tengah), Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar ALl Khattab. Pagar dipasang bagi tujuan keselamatan dan juga menghalang manusia dari melakukan perkara bidaah di makam. Terletak dalam Raudhah. 
tema hitam strategi masuk raudhah :)
cantik payung payung kanopi tu kan?

Betapa terharunya, diberi peluang untuk berada dan solat di dalam Masjid Nabawi. Percayalah, aku sendiri tak pernah sangka dapat peluang sebegini di usia ini. Syukur. Tolonglah Ya Allah , jemputlah kami lagi ke sana,janganlah jadikan kunjungan kami ini, kunjungan yang terakhir. Sesungguhnya sebaik pulang ke tanah air, perasaan rindu tu datang tanpa diundang. Di hening malam mengalir air mata mengenang saat itu. Baru aku tau, kenapa orang banyak kali pergi buat Umrah especially artis/ orang ber'wang, rupanya disebabkan perasaan itu,perasaan rindu, rindu sangat sangat. Allah lahirkan perasaan rindu itu pada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Aku yakin perasaan rindu yang bukan dibuat buat untuk menunjuk, tapi lahir dari hati atas izinNya.
 

Next entri nak cerita pasal masyarakat Madinah yang peramah, ziarah madinah, Raudhah, shopping di Madinah. Thank you for reading!

Thursday, May 23, 2013

Amalan dan adab sepanjang berada di Masjid Nabawi


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum..

Masyaallah..masih terasa aroma Masjid Nabawi yang tenang..rindu..-_-
Bila hendak memasuki masjid nabawi perlu jaga adab kita dan oleh itu saya ingin kongsi satu artikel actually dah lama tersimpan sehingga lupa saya copy dari sumber mana. Minta halal yer saya share kat blog ni.. (senyum sambil buat peace:)

Okehh..
Bila berada di Masjid Nabawi, elakkan daripada melakukan perkara kasar, bidaah dan khurafat. Ada jemaah yang mencium pintu, tiang, batu, ukiran besi dan sebagainya. Ada orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana beranggapan sebagai cara menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w.

Jangan bercakap perkara yang sia-sia yang tiada kaitan dengan amalan. Elakkan daripada bercakap mengenai hal duniawi, bercakap dengan suara yang keras dan kuat, atau baring di dalam masjid. Tidak boleh berdoa memohon kepada Rasulullah s.a.w. atau kepadanya ketika berdoa. Masuklah ke dalam masjid secara lemah lembut dan tidak gopoh-gapah. Rebutlah peluang semasa di masjid ini dengan perbanyakkan solat, membaca Al-Quran, selawat, berzikir, berdoa dan sebagainya.


Antara adab dan cara menziarahi Masjid Nabawi di Madinah 

1. Selalulah berselawat sepanjang masa perjalanan dan semasa berada di sana. Selalulah mengingati akan kemuliaan bumi Madinah.

2. Apabila tiba di Madinah, uruskan dahulu keselamatan barang yang dibawa dan kesempurnaan tempat tinggal.

3. Mandi dan bersihkan diri sebelum pergi ke masjid. Pakailah bau-bauan pada pakaian yang bersih. 

4. Masuklah ke dalam Masjid Nabawi sebaiknya melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Sekiranya tidak bertembung dengan solat waktu, dirikanlah solat sunat tahiyattul masjid dua rakaat sebaiknya dalam kawasan Raudah (tempat di antara tiang-tiang berwarna putih yang terletak di antara mimbar nabi dengan rumahnya (kini menjadi kawasan tempat letak makamnya). Kalau tidak boleh solat dalam kawasan Raudah, memadailah dilakukan di mana sahaja dalam Masjid Nabawi. 

5. Niatlah beriktikaf semasa di dalam masjid dan utamakan solat fardu jika sudah masuk waktu solat. 

6. Ziarahilah makam Rasulallah s.a.w. dan kedua sahabat baginda. Selawat dan salam kepada baginda semasa berdiri dengan penuh hormat, khusyuk, dan kosongkan fikiran daripada perkara lain. Berikan salam kepada kedua sahabat baginda. Sekiranya sebelum pulang ke tempat menginap, kita ingin berdoa, berpalinglah ke belakang (ke arah qiblat) untuk berdoa kepada Allah SWT bukan mengadap kepada Rasulullah s.a.w.

7. Manakala hendak meninggalkan Madinah kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah, ziarahi makam baginda untuk ziarah wada’ (selamat tinggal). Pergilah ke masjid Rasulallah s.a.w. solat sunat, berdoa, pergilah ke makam Rasulallah s.a.w. (kalau boleh), beri salam dan akhirnya mengadap qiblat dan berdoa. Kemudian pohonlah syafaat nabi kepada Allah SWT.

(Nota : Bagi wanita yang datang haid atau nifas, untuk melakukan ziarah wada’ adalah memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran makam Rasulallah s.a.w. di luar Masjid Nabawi.


#Terimakasihsudibaca#

Tuesday, May 21, 2013

Madinah bandar yang tenang

Assalamualaikum
 
Selepas selesai segala urusan di airport Madinah, kami menaiki bas menuju ke Hotel. Memandangkan jemaah Al Fajr agak ramai, aku, kakak, 3 orang sepupu dan beberapa orang lelaki lain terpaksa la berdiri dalam bas untuk menuju ke hotel. Pada mulanya ustaz menyarankan kami naik bas yang kedua, Apabila diberitahu ustaz perjalanan ke hotel tak jauh maka kami dengan baik hati pon redha je la berdiri dalam bas. Anggap je la naik bas rapid kl tu hah.
 
Apa yang aku perhatikan, sepanjang perjalanan ke hotel rata- rata bandar Madinah ini pasti ada pokok kurma yang ditanam di tepi jalan. Sebenarnya aku pon tak kenal sangat pokok kurma, bila dah tengok oo camni rupanya pokok kurma, baru den tahu-_-. Entah kenapa aku terasa perjalanan macam agak jauh kemudian aku tanya kakak " ustaz cakap dekat je hotel, tapi kenapa rasa macam dah lama je kita berdiri dalam bas ni"?kakak dan sepupu hanya tersenyum, bumi Madinah tak boleh banyak komplen.:). Rupanya driver bas pon tak pasti kedudukan hotel yang kami menginap, Beberapa kali bas tawaf berhampiran masjid Nabawi,akhirnya barulah jumpa hotel. Syukur.lega..
 
Kami menginap di hotel Elyas Group bersebelahan dengan kedai makanan Indonesia. Lebih kurang 5 minit untuk ke Masjid Nabawi jalan tanpa henti..Sebaik naik ke tingkat 14 kami disambut oleh ustazah Wirda wakil dari Al Fajr. Ustazah Wirda adalah warga Indonesia yang bekerja dan menetap di Madinah. Peramah sekali orangnya, Memandangkan keluarga kami seramai 12 orang maka bilik dibahagikan kepada 3. Lelaki 1 bilik, 5 orang dan 4 orang 1 bilik.
 
 
 
Mungkin berkat kesabaran berdiri lama dalam bas, maka kami berlima (aku, kakak, mak, makteh, sepupu) dapat ganjaran berupa bilik yang bagi kami amat amat selesa. Alhamdulillah.memang sangat tak sangka.
 
tempat makan dan tempat berbincang kami sekeluarga
 
Ada tv, selalu bukak siaran pasal Kaabah. boleh tengok ramainya manusia tengah tawaf mengelilingi Kaabah setiap hari tanpa henti. Mula la rasa berdebar...
 
pandangan sisi..
 
washing machine memang sangat penting.!
 
ada 3 katil yang kami dah rapatkan. Ustaz nak tambah lagi 1 katil, tapi kami rasa cukupla 3 katil untuk kami tido berempat, sebab sume molek2 belaka..hehe. Lagipon bukan tido sangat. 
 
single bed belah kanan..
 
Masuk ke hotel berehat dan bersihkan diri untuk solat Jamak Taakhir Zohor Asar. Di Madinah, aku rasakan masa berjalan dengan pantas. 6.50 petang dah masuk waktu Maghrib. Disebabkan agak kepenatan kami agak terlewat ke Masjid Nabawi untuk solat Maghrib. Dari hotel kami berjalan dengan pantas menuju ke Masjid Nabawi supaya tidak ketinggalan solat berjemaah buat pertama kalinya di Masjid Nabi, masjid yang indah lagi menenangkan. Masjid Nabawi. Alhamdulillah. Subhanallah...Terharu...
 
 Indahnya Masjid Nabawi di waktu malam.
 
waktu malam payung di halaman masjid ditutup, masjid yang paling besar yang aku pernah solat di dalamnya.
 
Banyak lagi nak cerita pasal Madinah. Memang kena cerita, sebab memang tersangat nak berkongsi dengan korang, nak korang yang baca ni pergi sana sendiri jika ada peluang, solat la kat Masjid Nabawi, rasa sendiri nikmat dan perasaan tu,. Masjid Nabawi yang dalamnya bersemadi jasad kekasih Allah, Nabi Muhammad saw, sahabat Nabi paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Ya Allah, sesungguhnya kenangan ni takkan aku lupakan. Andai ingatan aku dipadamkan, janganlah Kau padamkan ingatan ku terhadap tempat suci ini.
 
Bersambung...
 

Thursday, May 16, 2013

Tips di Airport Madinah /Jeddah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Apabila sampai ke airport Madinah/ Mekah kena melepasi beberapa sekatan dari imigresen di sana. Beberapa prosidur perlu dipatuhi bagi memastikan jemaah dapat masuk ke bandar Madinah. Saya bercerita berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah rasanya kami tidak mengambil masa yang lama untuk melepasi sekatan imegresen di sana.

1. Sebaik tiba di airport Madinah, akan kelihatan pekerja-pekerja yang ditugaskan memunggah beg beg jemaah.  Sebahagian dari mereka akan mengambil kesempatan untuk mengambil upah yang berlebihan ke atas jemaah. Oleh itu, apabila sampai di airport segera bergegas dapatkan troli untuk meletak beg kerana saya dapati ada pekerja-pekerja di sana menyorokkan troli yang disediakan di airport. Bukan mahu berburuk sangka, tapi adalah lebih baik kita uruskan sendiri jika tidak mahu dikenakan caj yang melampau oleh pekerja pekerja di situ.


2. Ada setengah pekerja pemunggah beg akan terus mengangkat beg tanpa disuruh, oleh itu tolak la dengan cara berhemah serta janganlah meninggikan suara di bumi dimana Rasullullah S.A.W disemadikan.

3. Adalah lebih baik, para jemaah memakai sarung beg/luggage bagi memudahkan untuk mengecam beg/luggage yang telah sampai di airport. Ia juga bagi menjamin keselamatan barang di dalam beg serta keadaan luggage dalam keadaan baik/ tidak rosak. Tak mustahil roda luggage atau pemegang beg boleh rosak semasa pekerja airport memasukkan serta mengeluarkan luggage dari perut kapal. Hanya berdoa dan berserah pada Allah semoga semua barang dan beg selamat ke pemiliknya.


 4. Saya tak pasti keratan surah apa yang diletakkan oleh saudara saya ke dalam setiap 12 sarung beg kami  yang pasti mungkin ianya doa keselamatan beg/barang. Alhamdulillah beg kami selamat kepada pemilik masing masing dan bersyukur kami tidak langsung dikenakan caj atas muatan yang berlebihan. Saya sendiri agak pelik, rasanya beg yang dibawa oleh saudara agak berat dah rasa macam tolak batu tapi masih melepasi sekatan tanpa dikenakan caj muatan langsung. Syukur


5. Selepas selesai urusan imigresen, serahkan semula pasport kepada wakil agensi umrah masing-masing bagi urusan balik ke Malaysia nanti.




#Terimakasihsudibaca#

Umrah : Dari KLIA Ke Madinah Al Munawwarah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum.

Dari KLIA kami diterbangkan dengan flight MAS ke lapangan terbang Madinah. Perjalanan mengambil masa 8 jam 45 minit. Bayangkan dalam tempoh tu apa yang boleh buat? Gila la kalau cakap tak lenguh urat-urat sendi ni duduk berjam jam. Tapi perasaan berdebar-debar, teruja dan takut tu lebih mendominasi.







Dijangka bertolak pada pukul 9.30 pagi, dan kami diminta tiba ke KLIA 3 jam lebih awal, So dalam pukul 5.30 pagi kami dah sampai ke KLIA, solat subuh kemudian breakfast untuk mengisi perut. Makan nasi lauk ayam berempah campur rendang daging kat lantai KLIA memang cool ok.  Semua tu makteh masak. Alhamdulillah..Kenyang. nikmat duniawi:)


saat menunggu, isi perut dulu.beli kat airport mahal ler..
nasi+rendang daging+ayam goreng berempah..nyummy. 
8 jam 45 minit dalam flight adalah saat yang penuh keresahan ok. Kiranya ni pengalaman kedua aku naik flight. Baru aku tahu, kalau penerbangan chartered umrah pramugari MAS kena pakai tudung dan uniform mereka lain dari pramugari biasa tu. Maybe bagi menghormati mak jah  dan pak aji kat dalam tu la. Takkan nak pakai kebaya kot. Tapi pramugari Air Asia lagi howttt kot. Muda belaka..haha. dushhh sebijik.! Tapi pramugari MAS pon ok jugak.. mesra dan peramah. Statement amik hati ler ni..hehe..




Makanan yang dihidangkan dalam penerbangan tersangat menyelerakan antaranya set nasi beriani, air jus, salad, bread and butter,puding roti..Pastu makan lagi.. menu lebih kurang sama agaknya. Kakak cakap "seleranya ko makan, boleh habiskan semua tu". Ye la lapar, gastrik!..Haa alasan ko kan, padahal nafsu makan tengah bergelora time tu. Sebenarnya nak jaga perut, kalau perut sakit, susah nak buat ibadah. Kat sana kena guna banyak tenaga kan.hehee.


Nak tahu tak, ni la first time aku masuk toilet dalam flight. Sebelum ni naik air asia tahan jer dari nak pegi toilet. Penerbangan tak lama ok la boleh tahan, kalau 8 jam 40 minit nak tahan gila meroyan ko kat situ.Takut jugak sebab berdiri masa kapal bergerak, tapi sebenarnya tak rasa apa la. Rasa macam kapal tu tak bergerak lansung pon.!Belagak ko kan. hahaa..Sebenarnya ni statement nak bagi semangat kat korang yang kurang keyakinan nak naik flight tu, percaya lah cakap saya memang tak rasa apa dalam flight tu, masa naik baca doa naik kenderaan banyakkan istighfar, kawal diri belajar bertenang especially bila kapal mula naik ke atas, memang kita akan rasa gegaran sikit tapi bergantung kepada kecekapan pilot handle kapal jugak. Bila kapal dah selamat naik ke udara dah rasa ok dah. Slow jer pon. Rasa kapal macam tak bergerak lansung, time tu isyarat tali pinggang keledar dah dipadamkan maknanya korang boleh bukak tali pinggang dan bebas bergerak dalam kapal. Bergerak dalam kapal jer tau, time ni jangan ada yang dok main kejar kejar dalam kapal, memang ada yang nak kena sekeh kang! Ayah aku cool je dalam flight, siap jalan-jalan tanya khabar lagi.huwaaa kemain lagi. Ni first time ayah naik kapal terbang. Kiranya boleh dibanggakan la sebab dia mampu kawal emosi.


Opsss, terlupa sesuatu lagi. ermmm lupa nak tangkap gambar toilettttee..hahaaaa.. Tersangat jakun ko kan! Actually i just wondering ada ke orang buat aktiviti no 1 kat dalam tu?? No 1 mean buang air (besar!). Oittt perut tolong la jangan cari pasal time darurat ni. Actually camne proses pengaliran sisa kumbahan tu yer? Adakah disalurkan ke bawah dan kemudiannya menjadi satu gumpalan dan terapung di udara..? curiousss..

Entri bersambung..
#Terimakasihsudibaca#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved