Petua:Tercekik Tulang | Suri Raudhah

Friday, August 24, 2012

Petua:Tercekik Tulang

Assalamualaikum..
 
 
 
Ada sesiapa yang pernah tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah. Harapnya berkesan.

1) Kepal- kepalkan nasi dan terus telan. 
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.
3) Makan pisang

Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan di klinik/hospital.


Kalau nak diikutkan saya ada beberapa kali jugak la tercekik tulang ikan. Mungkin tak ditahap serius sebab tulang ikan halus. Cara yang saya biasa buat kalau tercekik ialah dengan kepal-kepal nasi pastu terus telan. Kalau tulang tak dalam korek jer la guna tangan. (Orang cakap cara ni salah, sebab mungkin boleh terkena infection kalau tangan kita tak bersih. Argggh bedal je lah..! Yang penting dapat keluarkan tulang tu. Sungguh rasa tak selesa selagi tak keluar sebab kita kan rasa ada 'sesuatu'.

Dinasihatkan bila makan tu kena la berhati-hati, kalau masa makan kita dok bersembang macam ni lah jadinya kan. Apapon sebelum makan bacalah bismillah atau doa makan. Insyaallah kita dilindungi dari perkara-perkara peliks macam tu.

Saya nak cerita satu kisah.. Pernah salah seorang keluarga saya kena tahan kat hospital gara-gara tercekik tulang ayam KFC. Mungkin masa mula-mula tu dengar macam biasa jer kan. Kisah ni dah lama. Saya just nak berkongsi kat sini, kadang-kadang benda yang kita anggap biasa pon boleh jadi serius. Masa tu macam-macam cara kami buat tapi tulang tu tak nak keluar jugak. Mungkin agaknya terlalu dalam. Mesti sakit, tulang ayam weh..! Sebenarnya malam tu kami buat makan-makan sempena birthday mak, akhirnya sebab dah tak tahan sakit terus pergi hospital.  Kena tahan wad, kemudian doktor bagi ubat bius. Tak silap saya dia cakap esok paginya baru doktor keluarkan tulang tu. Doktor vakum untuk keluarkan tulang tu katanya. Pastu sebelum balik doktor hadiahkan tulang yang tercekik tu kat dia yang berkenaan sebagai kenangan. hehe..Memang terkejut bila kami tengok tulang tu.. Besar dan tajam..Huhh memang sakit tu. Balik dari hospital dapat mc sebab masih terasa sakit dan suara jadi lain. Mungkin sebab masih bengkak. Saya pasti beliau yang berkenaan takkan lupa kisah tu kan. :)
Pengajaran dia, bila makan tu beringat-ingat la sikit. Jangan gelojoh dan bacalah doa sebelum makan.





Sekian, Wassalam..

No comments:

Post a Comment

What's your thoughts...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Layout by suriraudhah . 2011-2013© All Rights Reserved